Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Tak Boleh Bercinta Dengan Suami/Isteri Orang?








 Kenapa Tak Boleh Bercinta Dengan Suami/Isteri Orang?

* Tidak Berani Membuat Sebarang Komitmen *
Seorang suami/isteri yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari pasangannya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja.

* Sanggup Menipu Pasangannya*
Sikapnya yang tak jujur terhadap suami/isteri sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada pasangannya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

* Hubungan Secara Sulit *  
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada pasangannya. Mati kamu kena serang!

* Mampu Ke Mencintai Dirinya ? *
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang suami/isteri yang tidak jujur dan tidak hormat kepada pasangannya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap kamu mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan pasangannya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati suami/isteri  bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati pasangannya di saat dia menjalinkan hubungan dengan insan lain!

* Pemusnah Rumahtangga Orang Lain *
 Ingat ! Sebagai lelaki/ wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami/isteri orang , menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? 
 Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

 * Menipu Diri Sendiri*
 Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan pasangannya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai
“Action that speak louder than words”
 (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

 

* Maaf andai entri kali ini buat sapa-sapa terasa.  Niat hanya untuk memberi nasihat. *


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!




bubuy...




Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment