Saturday, December 15, 2012

yuhuuuu...... baru nak update blog


Assalammualaikum..

ha, ni baru berkesempatan jengah blog kesayangan ni..
tu pun buat masa hari Sabtu.
sekarang ni makin nak hujung tahun, 
makin bertimbun kerja nak kena uruskan..


tapi start minggu depan alhamdulillah, lapang sikit.
sebabnya bos mas bercuti selama seminggu..
mesti dia nak bawak family dia jalan-jalan ..

yepi !!!! best kot..


sure tak banyak sgt kerja nak buat.
bos kecik ade je kat opis.
tapi kalau bos besar takde, mesti la tak payah nak kalut-kalut sangat.

Gambar kat bawah ni pulak , gambar mas dok buat 5S kat pantry.
mas dok kemas pantry pastu lekat kartun-kartun kat dinding pantry tu..
baru nampak ceria sikit..



Hari Khamis 11/12 mas ade appoinment dengan doktor pelatih kat HKL.
punyalah lama nak buat appoinment tu.
nak tampal gigi pun ambik masa sampai 3 bulan.


 Tapi alhamdulillah la, doktor pelatih ni baik sangat.
layanan dia tip top kot.
cuma lepas ni kena pi banyak kali la fakulti pergigian HUKM  ni..
sebab ni baru 1st appoinment..
baru sesi pengenalan..
dia check habis semua struktut gigi..
siap dok kata gigi mas semua ada. penuh la..
Nanti nak kena pegi lagi laa


taraa.... inilah dia doktor pelatih yang rawat mas..
( cik Nur Diana Omar )


ni semua gambar-gambar masa pegi HUKM tu..
tak sempat nak snap banyak gambar ..
ni je yang sempat mas tangkap..






Nanti kita sambung cerita lagi tau..


bubuy..




p/s : terima kasih sebab sudi membaca




Wednesday, December 5, 2012

kerja...kerja... dan kerja sepanjang minggu

 Assalammualaikum...

lamanya tak jenguk blog..
betul-betul sibuk 3-4 minggu ni...
serius kerja makin banyak kat ofis.
ade ja keja nak dibuatnya.
sampai blog ni pun tak sempat nak diupdate..



banyak benda nak cerita tapi tak tau dari mana nak mula...
nak cerita pun sampai dah terlupa..
mana yang mas ingat mas cerita lah eh.


ha kita mulakan dengan gambar suamiku yang dah start beruniform..
kekekeke excited pulak bila dah tangok cik abam polisku ni.
dah lain sangat..



lepas tu nak cerita pulak hal Hari Aset..
memang seminggu tu dok kalut ja uruskan persiapan goody2 beg untuk majlis ini..
dari A-Z, group mas kena uruskan berkenaan hadiah,hamper,sijil, semua lah..
hal tempahan baju aset pun kena uruskan.
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
mas selitkan gambar-gambar masa Hari Aset tu ye...






Tengok sebab sibuk sangat, jari asyik terluka ja.
yang peliknya asyik luka tempat yang sama ja..
yang ni lagi best.
luka siap bentuk luv2 lagi..


gambar-gambar ni pulak gambar masa mas balik Taiping..
best sangat...
siap boleh gi  tempat karaoke kotak.
kat taiping rupanya ada lagi karaoke macam ni..
tapi biasalah keadaan tempat tu dah usang..
berbeza sungguh dengan KL.
bila pegi kat sini,teringat dok gi Redbox..
berbeza sangat-sangat.
tapi disebabkan adik-adikku dok ajak sangat-sangat layankan je la..
balik pada jalan-jalan tu , kami gi Tesco Taiping.
pegi shoping barang-barang rumah, pastu mamam kat food court.
sedap gak chicken cop kat sini. terbaik!!!! 

karaoke kotak wujud lagi tau kat taiping.. hehehehe

adikku Ita yang suka sangat menyanyi.. (tengok siap ade lubang lagi tu kat tepi)

ni sorang lagi Intan, pantang nampak kamera asyik nak berposing ja..

mas pulak tak nyanyi pun. biar je adik2 dok melalak.. :)


 
hilangkan dahaga dengan cool blog.. tapi sedap lagi kot each a cup 

 
chicken chop yang sedap...


bubuy..




p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Monday, December 3, 2012

Happy Anniversary Ke-2 Buat Kami


Selamat Ulang Tahun Ke-2 buat diriku & suamiku...
sayang sayangkan abang...
abang balik nanti kita celebrate tau..

Luv You So Much Suamiku...




bubuy..




p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Sunday, November 4, 2012

gi dating lagi kat Muar

Assalammualaikum..

dah seminggu rasanya tak jenguk blog ni.
minggu lepas sibuk sikit sebab time raya aidiladha mas gi Muar.
pergi melawat suamiku di sana.
biasalah selagi tak tamat latihan, selagi itulah jadi rutin ulang alik KL-Muar.
terubat rindu ni pada en.mshk..

MAIMIXONG Emoticons 54
nak demam sebenarnya.
dah banyak hari badan dok rasa seram sejuk ja.
pagi ni teruk gila rasa migrain ni.
selamat la ada ubat tahan sakit.
bangun masak nasi goreng,pas makan muntah balik.

MAIMIXONG Emoticons 9
penat sangat bila muntah ni

berat kepala ni tuhan ja yang tahu.
mungkin juga sebab hari Jumaat tu kena hujan kot.
la ni tiap-tiap hari hujan.
balik hari Jumaat lepas,memang mas redah ja hujan.
payung terlupa pulak nak bawak.
sebab tu kot kepala ni sakit rasanya.

mas selitkan eh gambar-gambar time gi Muar minggu lepas
yang ni posing dekat Tanjung Mas
cewah... kami dok posing jaaa

check in kat Riverview Hotel

ramai gile "budak botak"  kat kedai makan ni..hehehe

Aktiviti kat ofis pulak, adalah dok buat persiapan untuk Hari Aset PROKOM
hamper , kad jemputan , hadiah-hadiah untuk pemenang,
semua dah settle..
tiba-tiba pc pulak meragam .
bukan setakat meragam, nak on pun tak boleh dah..
last-last dapat la pc lain.
mudah-mudahan pc ni tak meragam la


dapat ja pc lain,terus boh gambar masa dating


inilah Kad Jemputan HAri Aset PROKOM


yang ni pulak untuk goody yang akan diberi masa majlis tersebut

Jeng..Jeng..Jeng  Hamper dan Hadiah..

Nak rehat dulu na..
tak larat rasanya nak celik biji mata ni.


bubuy..




p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Wednesday, October 24, 2012

kursus diet & kesihatan bersama Kevin Zahri

Assalammualaikum..



hari isnin dan selasa iaitu 22/10- 23/10 adalah hari yang memenatkan.
mana taknya, kat ofis ada buat Kursus Diet & Kesihatan.
Yang paling buat jadi excited tu ialah penceramahnya..
aduh kevin zahri..
tengok dekat tv tak la hensem sgt, tapi bila dah jumpa depan2, wah hensem kot (kekeke)
alhamdulillah, dapat banyak tips yang berguna. 
lepas ni nak try la tips-tips yang ade.

mas selitkan gambar-gambar masa kursus tu ye..
posing sat sebelum start kursus

perkara pertama : buat pemeriksaan kesihatan

Sesi Pembelajaran = ketahui cara pemakanan yang sihat & seimbang

Sesi Bergambar dengan tenaga pengajar Senamrobik


yang ni sesi senamrobik & pilates

yg ni pulak sesi zoomba

suka betul christy ni peluk-peluk

ni pulak sesi pilates

Sesi bergambar lepas kepenatan

Hari terakhir kursus- bergambar lagi la dgn kevin

bubuy..




p/s : terima kasih sebab sudi membaca