Thursday, April 21, 2011

demam !!!!

Assalammualaikum...


dalam keadaan diri yang nak kata sihat, tak jugak. Nak kata demam, dah kurang sikit sakit ni.
Ahad lepas pegi Hospital Ampang sebab mas demam. Suhu badan dah naik 40 degree. kesian suamiku. penat sangat tgk dia. semalaman jaga mas demam. Masak pun abang yang masakkan. Sat-sat jelum kpala,sat-sat  selimutkan mas. tido pun tak cukup. Bila pergi hospital ,apa lagi masuk air la badan ni. rasa nak nangis ja time tu. Tapi bila mengenangkan susah payah suami menjaga kita tatkala sakit, terasa begitu bertuahnya diri bila bergelar seorang isteri.Bila ada seorang insan yang setia menemani di saat kita betul2 memerlukan perhatian insan tersayang.


terima  kasih suamiku atas kasih sayangmu...

walaupun kena tahan wad sekejap, mas tak dapat mc pun. tp terima kasih banyak buat doktor dgn nurse Hospital Ampang yang baik sangat. Hari Isnin sampai Rabu pulak mas kena pergi "Kursus Pengurusan Stress" anjuran cpk. tak pe la demam tak kebah lagi pun ku gagahi jugak. (cewah2 ayat).  tapi mmg  btl2 kursus ni menghilangkan stress.Macam-macam aktiviti kami buat. 
Ok cuba tgk bawah, ade gmbr2 masa kat tempat kursus :-

ni lah penceramahnya (Dr. Mohd Khair )
 .
 
ni pulak time da mula senaman


ni pulak buat "chicken dance"


yang ini pulak untuk hilangkan "stress" kita.. hahaha


gambar ni mas tak stress pun, cuma kusyuk membalas msg suamiku.. hehehehe


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

bubuy.....


Tuesday, April 12, 2011

kiriman email dari seorang teman........

kiriman email dari seorang teman :-



"Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
 


Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA  dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT  bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN  bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM  bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS  bila melihat KESENGSARAAN  pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM  dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA  melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI  kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia". 





p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.....