Thursday, September 15, 2011

Dugaan demi Dugaan ( mungkin belum rezekiku menjadi seorang ibu buat masa ini)

Assalammualaikum...

Sedih rasanya kali ni nak berbicara dalam blog.
Hati rasa sayu sangat.
Hiba ja rasa.

Bila mas amati gambar perkahwinan kami yang tergantung di dinding ni, timbul sedikit kekuatan dalam hati ni. Bila ingatkan tindakan abang yang tak putus-putus memujuk supaya mas tak rasa sedih, buat mas rasa sayu. Terima kasih banyak-banyak suamiku sebab jadi penguat pada isterimu ni.

Baru-baru ni dalam hari khamis minggu lepas, kereta kami kena pecah.
Habis bersepah kereta dikerjakan pencuri tu.
Selamat la tak simpan apa-apa benda berharga kat dalam kereta tu.
Cuma dia dapat ambik jumper dengan duit syiling yang abang selalu simpan.
banyak jugak la, tapi nak buat apa lagi. bukan rezeki kami.
Syukur alhamdulillah yang kereta dia tak boleh nak bawak lari disebabkan bateri kong.
Tapi habis hancur tempat kunci kereta kami.
Hantar bengkel,habis rm600 kat situ ja.

Malam isnin lepas, dugaan menimpa lagi, Mas keguguran.
Baru sangat rasanya kehadiran bayi dalam kandungan ni.
Baru 7 minggu.
Baru sebulan lebih.
Mas baru dapat rasa serba sedikit perubahan dalam diri ini.
Dapat rasa sikit kelainan bila ada “insan istimewa” dalam rahim sendiri.
Mulanya hanya pendarahan sikit last-last doktor kata keguguran.
Sakitnya Allah sahaja yang tahu..
Perit.
Mas nampak sendiri bayi yang mas sempat kandung selama 7 minggu..
sedih sangat.

Ya Allah, mungkin ini dugaan buatku..
mungkin ini ujian yang telah Engkau tentukan buat diri ni..
Hari ni baru masuk 3 hari Mas berpantang..
Takpelah ada hikmah semua ni jadi...

Abang...Maafkan sayang..
Lepas ni abang dah tak boleh rapatkan telinga lagi dekat perut ni..
abang dah tak boleh kucup perut macam yang selalu abang buat sejak mula sayang mengandung..


Ya Allah, kuatkan lah semangat buat diri ku...
Tak putus-putus doa ku panjatkan agar diri ini kuat hadapi dugaan.
Mesej dari kawan-kawan, dari bos ku sendiri, kata-kata dorongan dari suamiku jadi penguat buat diri Mas. Mesti ada hikmah semua ni terjadi.

Insyaallah mas mampu hadapi semua ni..
belum ada rezeki yang untuk kami untuk jadi ibu dan ayah.
Tapi mas rasa bersyukur sangat sebab berpeluang merasai pengalaman menjadi
seorang “ibu” biarpun hanya sedetik waktu.
Cukuplah sekadar ini coretan Mas buat kali ini.
Air matapun dah menitis balik..
Ish, cengeng betul Mas ni...
maaf ye, tak de niat nak menangis tapi dalam hati kecil ni, hanya DIA yang mengetahui segalanya...


Terima kasih buat sesiapa yang sudi membaca coretan hati kecilku ini..


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

Wednesday, September 7, 2011

" selamat hari lahir,suamiku "

Selamat Hari Lahir, Abang !!!!!



Semoga sentiasa berada di dalam
perlindungan Allah S.W.T dan dilimpahi
rezeki yang murah sentiasa

Yang penting,semoga jodoh kita berkekalan
hingga ke syurga...
Aminnnnnnnnn.....





 
ps : tahun ni sambut birthday berdua,mudah2an tahun depan bertiga, Insyaallah....


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!