Wednesday, December 28, 2011

Sorotan 2 minggu lepas

Assalammualaikum..


sejuk betul petang ni...

hujan la pulak.
dah la tengah demam, sejuk sampai rasa ke tulang.
rindu sangat nak taip kat blog ni tapi tak berkesempatan.
Baru start nak menaip kat ofis, ade je kerja nak kena settlekan.
Akhirnya bersawang la blog ni macam tu ja.


mudah2an demam ni surut la.
kesian pulak dekat en.mshk.
dah 2 hari dia jaga mas.
masakkan untuk isteri dia ni.
Mas nak bangun memang tak berdaya.
Batuk ni pulak makin teruk bunyinya.
keluar habis suara jantan.
hehehe


perit oo rasa tekak ni


kepala pulak rasa ting tong

nak ceritakan sikit apa yang mas dengan cik abang buat 2 minggu lepas..
Lepas ja en.mshk keluar wad, malam tu jugak kami balik Batu Gajah.
Penat jugak la badan drive sorang-sorang.
stop jap dekat Mcd Pangkalan gi makan.
dapat gak makan Prosperity.
Yummy2 memang sedap.




Inilah yang membuatkan kami balik Batu Gajah.
Suamiku minta jugak keluar wad disebabkan nak menghadiri kenduri sahabat baik dia ni.
Memang sama cantik, sama padan.
:) tahniah buat mior dan ani.



keesokannya pulak, dah gerak balik KL.
Singgah jap dekat Simpang Pulai sebab nak jenguk Adam.
Adam dah makin berisi.
Comei sangat.


diam ja Adam....


Alhamdulillah, Adam dah sihat. dah makin bulat

haa tengok banyak kan!!!!
hehehe ini penangan Kak Diana la ni.
dia minta temankan bli barang-barang anak dia.
penuh kaunter dengan pampers & susu ja.
masa kami dok tolak troli, semua mata asyik memandang kami.





hahaha... banyak kan!!!!


Lepas tu balik keja pulak, cik abang belanja makan Subway.
sedap rupanya.. hahaha selama ni memang mas tak pernah makan sebab dok ingat tak sedap.
dalam fikiran asyik ingat, roti dgn salad ja.


yummy yummy


kita minum dulu


tak sabar da ni nak mamam...


sampai sini dulu eh.
nak makan ubat jap.
nanti ade masa, mas cerita lagi eh..

bubuy....



Monday, December 12, 2011

entry paling pendek rasanya....

Assalammualaikum,
rasanya inilah entry Mas yang paling pendek.
Mas cuma harapkan agar kawan2 dapat mendoakan kesejahteraan suami mas.
suami mas sekarang berada di HUKM.
nak kata accident tak jugak.
tiba-tiba ja jadi macam ni.
Mana nak tahu berkat doa kawan2 suami mas sihat.






bubuy...



Saturday, December 3, 2011

happy 1st anniversary


Assalammualaikum...

hari ni, tanggal 3/12/2011 genap setahun usia perkawinan kami.
Alhamdulillah syukur atas kurniaanNya.
moga-moga dipanjangkan jodoh buat kami berdua.
cadangannya nak pi PD tapi hotel pulak penuh.
terpaksa pospone dulu.
last, gi tempat dating kami dulu-dulu.
mana lagi kalau tidak Time Square.
hehehe ( malu pulak rasanya)..
tak sangka sekejap ja masa berlalu.

sempat lagi kami berdating sambil tgk "Ombak Rindu"..
walaupun dah tgk semalam, tapi nak gak tgk lagi..
beza oo tgk dgn member dan dengan orang tersayang..
:) best sangat-sangat....

enjoy la gambar-gambar yang ada ni ye.
nak taip panjang-panjang tak daya la pulak.
badan letih, jalan ja dari td.

cupcake khas buat suamiku

tiket ombak rindu

posing jap sebelum nak sampai time square

senyum ja dia

posing dgn pingu jantan yang comel

posing gak dgn pingu betina yang cute2

gengamlah erat tanganku


bubuy, ngantuk daa..
gud nite..





Friday, December 2, 2011

ombak rindu... memang best!!!!!!

Assalammualaikum...

best sangat bila dapat tengok cerita ni..
semalam ingat nak pegi tengok tapi semua wayang penuh..
pagi ni bila mmber check GSC Time Square kosong lagi,
apa lagi booking online je lah..


akhirnya tercapai gak impian nak tengok "Ombak Rindu"



inilah dia peneman mas gi TS tengok Ombak Rindu


                                 zizah & as

  • Filem ini penuh emosi,menyayat hati, macam2 mas rasa.. Lawak pon ada selit sikit.. Latarbelakang pon cantik dengan suasana kampung, sawah padi, ladang teh dan ombak laut. 
  • Watak Aaron Aziz a.k.a Haris memang best... semua dalam satu.. dia boleh buat kita sedih,gembira,rasa bahagia.. semua lah..
  • watak Maya Karin a.k.a Izzah jadi awek kampung bertudung yang baik...
  • Lisa Surihani a.k.a Milah Amylia pegang watak sangat GARANG dalam filem.. Macam tak menjadi la pulak wataknya kali ni...Nampak pelik bila tgk mimik muka Lisa terpekik dan marah2...
  • Bront a.k.a Mail  memang pelakon yang hebat..Slamber ja watak dia.. Style kot...
  • Untuk watak Azizah Mahzan a.k.a ibu Haris tak reti nk komen.. mas rasa meluat je .. hehehhe
  • Lagu OMBAK RINDU memang perfect...
  • part yang paling touching bila Haris kata "abang rindukan izzah sgt2"... sedih ja rasa.. menitik gak la air mata ni .
ni serba sedikit gambar-gambar dari filem ni yer!!

part yang paling best sekali
"abang rindukan izzah sgt2"
"Sweet Bangat"





nak cerita panjang2 pun tak best..
gi tengok lah tau.
citer ni sweet sangat.


bubuy....






Wednesday, November 30, 2011

SBPA.. Betul Ke ?


SBPA 2012. 
Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! 
Betul ke ni??

gaji sbpa 2012 Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti 
yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000
sumber: http://beritasemasa.com/gaji-sbpa-2012-pekeliling-baru#comments

Notakaki:
betul ke tidak kita tunggu ja gaji baru nanti !!! 
selagi tak de hitam putih, semua ni mungkin hanya khabar angin! 





balik kampung & teman As gi derma darah

haiiiiiii ..
ha, sebelum mas terlupa, nak maklumkan bahawa adik Adam
dah mulai sihat.
berat badan pun dah naik. 
dah dekat 3kg.
Alhamdulillah,berkat doa semua orang.
terima kasih banyak-banyak sebab sudi doakan Adam.

hari Sabtu lepas kami balik Tapeng.
best sangat-sangat bila dapat balik kampung sendiri.
Mas betul-betul rindukan mak dan adik-adik.
terubat rindu ni pada keluarga tercinta.
" terima kasih abang "..

yang paling best, awal-awal pagi pukul 5.30 pagi 
dah pegi pasar teman mak...
mak nak masak laksa...Nyum-nyum..

memang terbaek laaa.

 teman mak cari ikan untuk buat kuah laksa

 sekeliling kawasan pasar Pokok Assam

Sampai ja rumah tolong mak siap2 untuk masak.
time tengahari pulak, si kecik (venusha) dok panggil "kakak".
budak kecik ni jiran sebelah rumah kami.
rupanya dia suka sangat main dengan adik mas (intan) ni.
bila suh posing , ha tgk tegak ja badan dia.

 anak jiran sebelah rumah ( venusha)
ok, habis dah cerita pasal kampung.

tadi pulak lebih kurang dalam pukul 12 kami turun dekat lobi.
niat hati nak sangat derma darah sebab hari ni Pusat Darah Negara ada datang kat ofis.
sebabnya ada kempen derma darah hari ni anjuran CKBA.
malangnya mas tak boleh nak derma.
semuanya disebabkan tekanan naik.
gugup kot sebab tengok nurse.
tak pun mungkin sebab semalam penat main badminton.
hehehe atau sebab takut tengok jarum la kot.


terus pening kepala ....

sedih tak dapat nak menderma


lastnya teman la As derma darah...
tapi untung la sebab dapat tahu darah mas jenis apa...

 tak mooo org snap gmbar dia

 aduh, seriau tengok...

 cool ja muka budak ni... hehehe

 darah ooo darah...


 selesai sudah...



ni pulak Cik Sarimah(PA Hj Daud) yang setia menemani ..
ini lah fotographer yang snap semua gambar...


daaa...
panjang dah rasanya ni...


selamat pagi..... :)

Assalammualaikum,
dah seminggu tak update blog,rindu pulak rasanya.




hehehehe bz sikit minggu lepas kat ofis.
banyak pulak keja nak kena settlekan.
Rabu minggu lepas,mas kena jadi urusetia Executive Talk dekat Vistana Hotel.
Sebelah ja dengan ofis.
Jalan kaki ja gi sana.
Ramai jugak yang datang sebabnya ia melibatkan JKR 1 Malaysia.
Siap semua urusetia kena pakai baju rasmi PROKOM lagi.
Hotel ok.
Makanan pun sedap.


inilah urusetia2 yang terlibat

 
tengok lah sempat lagi kami ramai2 berposing
ade lagi nak bagitau ni..
tapi jap lagi ye..
nak sambung buat keja jap...


bubuy....