Friday, February 25, 2011

^ - ^ hati berbunga-bunga


Hari ni rasa hepi sangat-sangat. jap lagi dah nak balik BG.  

mana taknya, dah 2 minggu tak jumpa en.MSHK .. Rindu sangat-sangat.


dgr suara abang, mas nangis .Buat lawak pun mas nangis gak.. huhuhuhuhu sapa-sapa ja boleh kata mas cengeng tapi tak ada yang tahu apa  mas rasa. Perasaan rindu pada suami tak sama macam rindu masa bercouple atau bertunang. Dok sorang-sorang kat KL ni banyak sangat dugaannya.Bila  terasa rindu, nak ja buat magic. Nak ja  buat agar en.MSHK ada depan mata. Benda-benda kecik pun kadang-kadang boleh buat airmata ni gugur. ( maafkan syg ye abg, abg terpaksa pujuk syg selalu ).

 rasa dah tak sabar ni nak balik kampung. hehehe alhamdulillah bos bagi balik awal.. yeyeyeye .

Lawak-lawak.. 
Hari ni buat keja pun dah tak betul. Claim bos yang nak kena hantar pagi tadi pun mas g koyak sekali dengan kertas tak guna..

mas - Encik, saya minta maaf , saya terkoyak claim encik. dah terbelah dua ni.
          ( confirm kena marah jap lagi)
bos  - Mas, mas.. hehehe (boleh pulak dia bantai gelak punya kuat) . mungkin sebab tgk claim dia hat da 
           jadi dua.  Meh yang baru saya sign sekali lagi..
mas  - amin... hehehe ( gelak dlm hati je la )


Ok lah, nak siap-siap dah ni.  jap gi dah nak balik kampung.. 

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

bubuy.
















Wednesday, February 23, 2011

Tips Untuk Memenangi Hati Isteri Anda

Tips Untuk Memenangi Hati Isteri Anda 
(buat suamiku juga, hehehe )


  • Bila anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  • Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya
  • Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh yang bermakna.
  • Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk membantu memasak pula.
  • Sekiranya anda terlewat, jangan lupa menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  • Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Berikanlah sokongan padanya . Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  • Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  • Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
  • Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  • Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  • Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
  • Bila dia merasa marah kepada seseorang, pujuklah dia.. nanti dia akan ok dengan sendirinya.
  • Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
  • Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  • Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
  • Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  • Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
  • Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
  • Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
  • Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
  • Solat bersama dan berdoa bersama.
  • Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu. Kejutkan dengan puisi atau nota cinta.
  • Bila dia memasak, pujilah masakannya.
  • Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
  • Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
  • Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
  • Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
  •  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. 


info Cari Emas
   
buat suami tersayang, luv you so much...  
  


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.....








Monday, February 21, 2011

minggu lepas


kalau nak diikutkan, hari sabtu dan ahad lepas,confirm jadi hari minggu yang membosankan buat mas.
Mana tak nya, tak balik pun BG. lagipun cik abg sibuk dengan tugas mpmp dia... 
nk gayut pun tak sempat disebabkan suamiku sibuk uruskan mpmp tp  last minute ada plan baru... 


kakak kat ofis (kak ija) ajak gi umah dia kat Damansara. best oooo. ni lah umah kak ija :-



















hat best nya , mam spageti yg kak ija masak .. sedap!!! yummy-yummy...



aktiviti malamnya lak, kami gi tgk wayang kt Cathay Cineplex Damansara. ni cite dia.

boleh tahan gak la cite dia. nk kata best sgt2, tak jugak. tp best lagi bila tgk dengan insan tersayang.
tp ayat paling best dlm cite ni bila that guy kata  
" kalau awak melangkah setapak ke depan, saya tak akan lepaskan awak sampai bila-bila".
ayat tu paling menusuk kalbu. tapi kalau dari segi moral tak best sgt sebab byk adegan 18sx. tu ja yang buat cite ni tak best..

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.....


batu-batu unik di dunia

Wave Rock (Hyden, Australia)
Gelombang batu seperti ombak ini sudah ada 2700 juta tahun yang lalu 


Dome of The Rock ( Masjidil Aqsha, Yerusalem) 
Batu inilah yang dikatakan tempat duduk Rasulullah semasa nak naik ke arasy Allah masa Isra' mikraj...


 ( Malin Kundang Rock Pantai Air Manih- Padang )
Konon, batu ini adalah seorang anak yang di sumpah oleh Ibunya kerana derhaka



Cappadocia di Turki...
digelar sebagai peri cerobong asap (Fairy Chimneys)


 
Ayers Rock ( Uluru Alice Spring, Australia)
Batu yang berubah warna mengikuti cuaca...



bubuy....



Friday, February 18, 2011

jodoh.....

Best betul rehat tengah ari ni... hehehe maklum je la ari jumaat kan. best gak kalau....
dapat tido ni.. hahahaha kang tak pasai-pasai ja. dalam dok belek fb, membaca blog2 member terbaca  satu  artikel. "minta izin copy ye pada tuan punya blog". bagi mas artikel ni betul-betul berguna untuk kita sama-sama renungkan. 


semuanya berkenaan dengan " jodoh "..

" Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat" .
    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Sesetengah orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
      Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya merekabermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

        • Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
        • Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
        • Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
        Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
          Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya. 


          Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. 
            
          Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya.  


          Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
                Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
                Seorang teman pernah berpesan..
                “Kadang² Allah sembunyikan matahari..
                Dia datangkan petir dan kilat..
                kita menangis dan tertanya-tanya,
                kemana hilangnya sinar..
                Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
                “Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali "
                Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
                Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
                Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
                Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…
                Wallahualam.....



                miss u









                I dropped a tear in the ocean.  The day you find it is the day I will stop missing you. 
                miss u sO much.. :( 




                bubuy.....



                Monday, February 14, 2011

                isnin datang lagi.....

                assalammualaikum...
                Hari isnin datang lagi.. hari yang paling malas nak gi keja.  arghhh dush2... awal2 pagi bos da panggil masuk bilik.
                " mas , taipkan 6 muka surat borang2 ni.. saya nak cepat."
                 " ai ai bos... !!!
                 akhirnya siap gak.. baru la leh rest sambil mengarang  blog ni..


                Hari Sabtu ari tu, dok umah sambil kusyuk tgk cite " Taare Zameen Par ". Bagi mas citer ni best sangat-sangat. Plot cite ni menarik untuk di tonton. Kisah tentang seorang budak lelaki "Ishaan" yang berumur 8 thn. Budak yang tak suka pegi sekolah dan asyik gagal ja bila time periksa. Bagi dia semua pelajaran susah dan yang paling dia tak suka bila digelar bodoh oleh cikgu dan kawan2..Tapi dia lebih suka memerhati. meluahkan segalanya melalui lukisan. Tekanan dari sikap ayah yang terlalu pentingkan "kesempurnaan" , dan keputusan drastik menghantarnya ke sekolah berasrama, menjadikan "Ishaan" semakin tertekan. Kehidupan di asrama yang makin menghimpit jiwa,menjadikan Ishaan pasif. Dia semakin membenci pelajaran. Baginya huruf dan angka2 musuh utamanya. Hari-hari yang dilaluinya makin menjadikan dia pendiam.


                Segalanya berubah bila hadir guru baru, Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) di sekolah tu. Guru seni yang mengajar murid-murid  menggunakan pendekatan istimewa . Nikumbh  dapat mengenalpasti masalah Ishaan. Rupanya Ishaan mengalami "dyslexia"  yang mana pesakit mengalami kesukaran dalam mengenal huruf dan angka. Mmg superb la cikgu ni.  sanggup buat kelas tambahan untuk mengajar budak ishaan ni.
                Yang paling best part ending. 1 sekolah masuk pertandingan melukis yang dianjurkan cikgu Nikumb ni. budak ishaan ni walaupun datang paling lambat tp lukisan dia lah yang paling cantik.. dah la menang, result akhir tahun dia pun gempak.. best cita ni. Memang lain dari yang lain..




                stop jap. kepala sakit sgt2.. aduh2 ni yang tak nk ni..


                bubuy...





                Friday, February 11, 2011

                PJJ (perkahwinan jarak jauh)

                tak semua yang dapat merasa perkahwinan jarak jauh kan! dan rasanya tak ada siapa yang nak atau sanggup duduk berjauhan dengan pasangannya.
                mestilah nak selalu :-








                tapi bagi mas, alhamdulillah. walaupun PJJ  lagi dengan en.MHSK tapi setiap minggu balik gak ke BG berjumpa suami tercinta. sebab apa dok jauh-jauh? nak buat mcmana atas dasar tugas dan komitmen masing2.. Dugaan? mestila ada..





                ni salah satu nya.. 
                  "la, awat tak dok sekali lagi ni" 
                " best ke dok sorg2 " 
                "da ada isi ke" 
                "suh ja la laki hang mai sini" . 

                aduh pening btl kepala ni. please. time blum kawin pakat dok tanya - bila nk kawin? 
                dah kawin lak dok tnya - bila nk dok sekali ? 
                yang  paling baru-da ada isi ke? ..

                semua soalan tu rasanya tak payah la nak kupas lebih lanjut. kalau betul-betul nak ambik berat, cukuplah sekadar bertanya khabar..jangan la tambah garam,gula,ajinamoto,serbuk penaik dalam satu-satu soalan.


                satu ja nak kata, kalau dok kat tempat mas ,nak buat apa?




                bubuy.....

                rumah dan tangga !!!!

                Pergh… 
                nikmat betul minum teh tarik pagi2 ni.siap makan roti bakar lagi (toast kt blakang tmpt ja).selamat tak bebunyi penggera kat atas kepala ni…ni yg rasa nak buat selalu ni..  jgn la bos tahu,kalau tak,naya.mesti kang akan jadi mcmni…

                                                                                                                                  

                udah-udah le mas… ok,sambung pulak cerita lain. jap nak cari idea dulu !!!







                arghhhhhh buntu. tadi pagi banyak sangat idea nak tulis. bila habis tazkirah terus lupa apa nak cerita..






                bubuy...