Monday, August 22, 2011

lama benor rasanya tak update blog

assalammualaikum...

Agak lama dah tak bercerita dalam blog ni..
 betul-betul tak ade masa nak luangkan pada blog kesayanganku.
Tambahan pulak, lepas balik kerja ja terus serbu gi HERO nak beli lauk untuk masak berbuka.
Itulah rutin harian bila dah bergelar seorang isteri ni..
Nikmat berbuka dan bersahur selepas bertukar gelaran "puan" ni amat lain..

Bercerita pasal malam Sabtu lepas,
berbekalkan GCB kat tangan, kami berbuka puasa dalam kereta ja..
Mana tak nya shopping raya punya pasal..
hehehe tapi alhamdulillah,kenyang la jugak.
persiapan raya pun dah hampir 70 % selesai...
Alhamdulillah, hepi sangat..
Barang-barang untuk mak,ayah,mak mertua,abah mertua semua dah hampir settle..
Yeyeyeye balik kampung.. OOO Balik Kampung..

Lepas berbuka tu pegilah Central Market (CM)..
Nak menjenguk tempat kerja suamiku..
pengalaman yang agak best bila dekat sana.
Lebih kurang dalam pukul 9 malam, ade pulak pertunjukan tarian "Citrawarna" .
(ye lah kot, lupa pulak apa yang abg gtau pasal tarian tu ).
hehehe semua sebab dah kusyuk sangat tgk orang menari...
terima kasih buat suamiku..
sayang abang sangat-sangat..
( nanti bawak jalan-jalan lagi tau)




    posing jap....
    ini permandangan dari hadapan Kasturi Walk

     ini lah artis-artis kebudayaan yang berjaya memukau mataku selama setengah jam  dekat situ

      posing lagi, ewah-ewah...

dan yang paling best, pagi Jumaat lepas rasa nak gelak pun ade, marah pun ade .
Ada lah sorang mamat ni dalam LRT.
dia pakai headphone dok dengar MP3 la kot..
yang paling tak boleh blahnya, dia boleh bantai nyanyi punya la kuat..
siap tarik suara time corus lagi..
 dalam tren semua pakat pandang dia.
dia pulak boleh tak perasan yang suara dia kuat gile..
yang kita ni pulak dah la dok tak jauh dari mamat ni..
aduh, tapi alhamdulillah la.
bila ja sampai stesyen Masjid Jamek ,dia turun..
gaya dia lebih kurang mcm ni la bila nyanyi tu



hahaha.... lawak-lawak..
femes koo ari jumaat tu..


ape-ape pun , Mas nak minta maaf di hari baik, bulan baik ni pada sesiapa yang mengenali diri ini.
" Selamat Hari Raya Aidilfitri "

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


Wednesday, August 3, 2011

salam ramadhan....

Pejam celik , pejam celik dah 3 hari dah kita berpuasa.
Tenang ja rasa bila berada di bulan Ramadhan ni.
Pengalaman tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri ni amat membahagiakan.
Pagi-pagi dah kena bangun siapkan sahur untuk suami tersayang.
Hari ni mood agak best..
Sebabnya hari ni pakai baju korporat PROKOM..

( sweet ja tengok gambar kat bawah ni )




OK!! KITA UBAH TOPIK SEKEJAP!!

Adakah korang..
  • Pernah tak dapat kawan/sahabat yang pentingkan diri sendiri ? 
  • Geram tak rasa hati bila member bercakap dengan kita bila dia nak/perlukan sesuatu dari kita ? 


Kadang-kadang hati rasa terluka sangat bila orang cari kita hanya bila diaorang nak kita tolong dia...
 there's nothing worse than knowing that u only want me for what i can give u..
Serius..
Lebih serius dari Blog Serius...
sakit ooo dalam hati.
makan dalam ja rasa..(bak kata che abang: orang ini jenis fakap terfaktab al-butthurt)

amat sakit sangat2..oh no!!!

Orang2 sebegini adalah orang2 yang hanya mahukan kita apabila mereka perlukan kita..
Mereka hanya cari kita apabila mereka mahukan sesuatu dari kita..
Aku dah serik dan buat masa sekarang dan sampai bila-bila..
ENOUGH its OVER.
Aku sayang semua orang..
Cuba jadi baik dengan semua orang..
But if someone tries to fool me, I won't let it happen anymore..


notakaki:
1. jangan pernah bagi orang lain peluang untuk buli kite sesuka hati..
2. kalau kita tak nak orang dekat buat kita..kita jangan buat dekat orang..
3. bercinta dan berkawanlah dengan seseorang seikhlas hati..jangan mendekati seseorang hanya kerana kita tahu dia ada sesuatu yang boleh mendatangkan untung bagi kita..


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!