Sunday, January 29, 2012

aktiviti minggu lepas & minggu ni..

Salam...

kita sambung balik cerita eh..
minggu lepas, mak mas datang KL.
Mak datang KL sebab nak hantar duit hantaran bagi pihak perempuan.
Sekejap ja masa berlalu.
Dah nak kawin adik mas.
lepas selesai semua hal, kami pegi jalan-jalan.
mak nak sangat pergi Muzium Negara.







tak banyak sangat gambar yang mas sempat snap.
time tu terlebih excited pulak.

ok, semalam pulak kami pergi The Curve Damansara.
Jalan-jalan sambil jumpa member en.mshk...
Dah lama depa tak jumpa.
Bila dah jumpa ni ade la mcm-mcm cerita yang keluar.
lepas makan Mcd terus gi tengok wayang.
tengok lah cerita "Sumpahan Kum Kum".
memang tak best.. :( entahlah.
bagi Mas cerita ni agak kureng!!
Tak ade lah takut pun.
Setakat ada la 2 atau 3 part, hantu keluar.



pandangan dari Cineplex
mira,yana & nora
sempat gak menyelit antara depa.. hahahaha!!!
Tengah pikir filem apa nak tgk!!!
ni lah dia tiket kami , panjang kan!!!
pakat posing dengan tiket wayang

Inilah dia filem yang kami tgk..

Nak layan cerita kat TV pulak ye!!
nanti ade masa mas cerita lagi..
Babai........

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

minggu-minggu yang memenatkan

Assalammualaikum,

excited pulak nak menaip..
ha mana tak nya. dah lama sangat tak update blog ni.

 
bukan sengaja,, tapi mas betul2 tak sempat.
ni bila dah start menaip ni, ade la cerita yang nak dikhabarkan!

kita mulakan dengan Annual Dinner ofis mas.
best gile !!! tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.

segala penat lelah urusetia majlis hilang lepas tengok majlis berjalan dengan lancar.
hepi sangat-sangat.

segalanya dah ok!!! jeng2 kita tengok eh gambar-gambar masa majlis tu..


photographer yang asyik dok snap gambar
ina dok posing sakan

salad yang menyelerakan

yummy sedapnya

as & kak diana

mas , ina & mag

kak ija, mag &  mas

faezah & suami

red carpet

kami berdua ditugaskan sebagai fotographer majlis

jeng jeng... dapat jugak posing berdua

dapat hadiah!!! yeyeyye

ops, dah pukul 12 tengahari  la.
nak gi masak jap eh!! 
daaa...
kang mas sambung lagi.



Monday, January 2, 2012

Awal tahun punya angkara..

Hai semua.

Minggu ni memang banyak benda jadi kat mas. Blog ni pn dah jadi bersawang. 
Maklumlah minggu ni tak berapa sihat. 
Suara pun dah macam Ramli Sarip (bak kata suami. hehehe).

Hari ni baru mas larat bangun.
Tetiba suami ajak g makan2. 
katanya nak jumpa kawan. 
Rupanya nk jumpa Jaslin Jamaludin
Dia ni kawan suami masa kat UiTM Merbok. 
Dia ni pun blogger gak. 
Selalu dok baca coretan dan luahan hati dia kat dalam blog.
Best mas dapat jumpa dia.
Selama ni kami asyik mesej2,chat dekat fb, akhirnya dapat gak bersua muka.
Dapat gak berjumpa di IKEA.
Banyak yang kami sembangkan.
Kiranya inilah pertemuan kami pembuka tahun 2012 ni.
Suka sembang dengan "mummy to be " ni..

lin dan suaminya...
senyum ja dia...

Gambar kami berdua pulak lupa nak snap tadi..
:) hehehe tapi tak pa, misi berjaya.
Akhirnya dapat ketemu member bloggerku yang comel ni.
Nanti ade masa kita set time together2 lagi eh!!!
Dah kul 2.15 pagi.
Mata dah ngantuk, nak tido dulu lah.
Esok pagi plan nak keluar lagi.
Daa...


Bubuy...


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!