Tuesday, March 27, 2012

Al-Fatihah...


Assalammualaikum.

Mula-mula mas mohon agar sedekahkan al-fatihah buat arwah Kak Linda (ibu Adam).
sebelum2 ni mas ada bercerita mengenai adik Adam.
boleh baca balik 


Arwah mak adam pergi disebabkan sakit jantung.
meninggal pada 23/3/2012.
Rasa baru ja mas kenal kak Linda.
Macam baru ja jumpa Kak Linda dekat IJN.
Masih terdengar alunan bacaan al-quran kak Linda semasa Adam sakit.
Namun,takdir ilahi tiada siapa dapat menghalang.

gmbr kenangan
sempat jugak la suamiku snap gmbr masa di ICU, Hospital Ipoh 


Ikutkan masa 17/3 waktu akad nikah adik mas di KL, 
kak Linda ada di Batu Gajah untuk masjis pertunangan sepupu suami Mas.
kalau la mas hadir majlis tu, mungkin sempat lagi berbicara sepatah dua dengan arwah.
Tapi sedar, mana daya kita manusia biasa nak lawan takdir Allah.
kenangan manis bersama arwah,akan sentiasa tersemat di hati.


gambar terakhir arwah pada 17/3/2012 yg lepas

tapi bila mengenangkan Adam yang makin montel dan sihat ni,
sedih jugak la rasanya.
Berat Adam dah naik 5 kg.
Comel sangat-sangat. 
Sekarang Adam dah tak perlu nak makan ubat-ubat yang byk lagi.
Cuma perlu ke IJN setiap bulan utk rawatan susulan dan pemantauan.


suamiku sayang sangat pada Adam 
bukan Adam yang lena, tapi dia yang lena 

Ya Allah, kau kuatkanlah anak kecil ini dalam menghadapi hidup di dunia ini.
Kuatkanlah semangat ayah Adam dalam menjaga amanah Allah ini.
:( maaf tak dapat nak taip lagi.
mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
mudah-mudahan rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..


p/s : terima kasih kerana membaca!!!! 






Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment