Thursday, November 17, 2011

Adam @ IJN ( Part 2 )

Assalammualaikum & selamat malam ....

Mas rasa tak terdaya nak menaip malam ni.
Sedih sangat rasa hati ini..
Adam sekarang ade di Unit Rawatan Rapi (ICU)...
Keadaan Adam kritikal disebabkan saluran darah sempit dan jantung gagal berfungsi dengan baik.
Yang paling menyedihkan, pihak doktor yang merawat Adam menyatakan Adam hanya mempunyai
30 % peluang untuk sembuh....
Buat masa sekarang selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi, adam masih belum sedarkan diri.
Namun keadaan adam stabil.
Pagi esok pada jam 7 pagi, akan ada satu lagi pembedahan untuk meluaskan saluran darah ke jantung.
Mas mohon dan merayu sangat-sangat agar kita sama-sama berdoa agar Adam selamat menjalani pembedahan dan mampu hidup seperti kanak-kanak lain di luar sana.

Kata-kata dari ibu Adam yang tak pernah lekang dari mulutnya :- 
" salam, adam kena cepat sihat tau, ibu yakin adam kuat " 
" anak ibu mampu hadapi semua ini " 
" cepat sembuh ya anak ibu!! "

Ya Allah tabah betul hati seorang ibu menghadapi dugaan ini.


Wad MICU Tingkat 1 IJN


bahan bacaan penguat hati seorang ibu


ibu yang cekal setia menemani anaknya dalam apa jua keadaan


rambut adam dah x takde.. dah kena cukur


keadaan adam yang bergantung kepada bantuan mesin pernafasan sokongan hayat
Sama-samalah kita berdoa agar Adam sihat hendaknya..

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!
bubuy

2 comments:

  1. Allah sentiasa bersama org yg sabar. sabar ye kak terima dugaan ni :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah, terima kasih byk2 ye.. doakan lah kesejahteraan Adam.

    ReplyDelete