Wednesday, February 23, 2011

Tips Untuk Memenangi Hati Isteri Anda

Tips Untuk Memenangi Hati Isteri Anda 
(buat suamiku juga, hehehe )


  • Bila anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  • Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya
  • Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh yang bermakna.
  • Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk membantu memasak pula.
  • Sekiranya anda terlewat, jangan lupa menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  • Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Berikanlah sokongan padanya . Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  • Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  • Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
  • Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
  • Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
  • Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  • Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  • Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
  • Bila dia merasa marah kepada seseorang, pujuklah dia.. nanti dia akan ok dengan sendirinya.
  • Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
  • Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  • Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
  • Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  • Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
  • Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
  • Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
  • Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
  • Solat bersama dan berdoa bersama.
  • Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu. Kejutkan dengan puisi atau nota cinta.
  • Bila dia memasak, pujilah masakannya.
  • Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
  • Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
  • Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
  • Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
  •  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. 


info Cari Emas
   
buat suami tersayang, luv you so much...  
  


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.....








2 comments:

  1. kak mas!! bakal ibu? seriously??
    adeilaa.. berapa bulan dah? leen jugak masih di takuk yang lama.. )8

    ReplyDelete
  2. belum lagi Pn.Jaslin, insyaallah da ade nanti akak gtau eh.. :)

    ReplyDelete