Monday, February 14, 2011

isnin datang lagi.....

assalammualaikum...
Hari isnin datang lagi.. hari yang paling malas nak gi keja.  arghhh dush2... awal2 pagi bos da panggil masuk bilik.
" mas , taipkan 6 muka surat borang2 ni.. saya nak cepat."
 " ai ai bos... !!!
 akhirnya siap gak.. baru la leh rest sambil mengarang  blog ni..


Hari Sabtu ari tu, dok umah sambil kusyuk tgk cite " Taare Zameen Par ". Bagi mas citer ni best sangat-sangat. Plot cite ni menarik untuk di tonton. Kisah tentang seorang budak lelaki "Ishaan" yang berumur 8 thn. Budak yang tak suka pegi sekolah dan asyik gagal ja bila time periksa. Bagi dia semua pelajaran susah dan yang paling dia tak suka bila digelar bodoh oleh cikgu dan kawan2..Tapi dia lebih suka memerhati. meluahkan segalanya melalui lukisan. Tekanan dari sikap ayah yang terlalu pentingkan "kesempurnaan" , dan keputusan drastik menghantarnya ke sekolah berasrama, menjadikan "Ishaan" semakin tertekan. Kehidupan di asrama yang makin menghimpit jiwa,menjadikan Ishaan pasif. Dia semakin membenci pelajaran. Baginya huruf dan angka2 musuh utamanya. Hari-hari yang dilaluinya makin menjadikan dia pendiam.


Segalanya berubah bila hadir guru baru, Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) di sekolah tu. Guru seni yang mengajar murid-murid  menggunakan pendekatan istimewa . Nikumbh  dapat mengenalpasti masalah Ishaan. Rupanya Ishaan mengalami "dyslexia"  yang mana pesakit mengalami kesukaran dalam mengenal huruf dan angka. Mmg superb la cikgu ni.  sanggup buat kelas tambahan untuk mengajar budak ishaan ni.
Yang paling best part ending. 1 sekolah masuk pertandingan melukis yang dianjurkan cikgu Nikumb ni. budak ishaan ni walaupun datang paling lambat tp lukisan dia lah yang paling cantik.. dah la menang, result akhir tahun dia pun gempak.. best cita ni. Memang lain dari yang lain..




stop jap. kepala sakit sgt2.. aduh2 ni yang tak nk ni..


bubuy...





Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment