Sunday, May 13, 2012

CEDERA SEKEPING HATI



CEDERA SEKEPING HATI 


SUMBER :-   http://aidanatasya.com/tazkirah-cedera-sekeping-hati/ 


Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera??   Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…

“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”
“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”
“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”


Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?

Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

BAGAIMANA HATI BOLEH CEDERA?

Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran.
Antaranya:

Faktor Dalaman :
- Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
- Nafsu amarah yang sentisa mengajak kepada kemaksiatan.
- Lemah iman di dada.
- Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.

Faktor Dalaman akan menyebabkan hati kita cedera dan luka kerana kesannya amat buruk kepada batin kita. Hati akan berasa lemah dan lesu tanpa iman untuk melawan gelodak nafsu. Hati juga akan berasa berat hati tanpa takwa di jiwa untuk menolak undangan syaitan durjana ke arah kemaksiatan. Sekali kita berbuat dosa, titik hitam akan tercalit di hati kita. Bukankah itu menunjukkan bahawa hati kita sudah mula cedera?
Ibn Mas’ud berkata : “ Dosa itu menggoncangkan hati.”

Faktor Luaran :
- Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
- Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
- Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
- Malas membaca buku-buku ilmiah.
- Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.

Faktor Luaran juga menyebabkan hati semakin terluka dan akan bertambah parah kerana kesannya amatlah zahir. Jika kita terus-terusan melakukan maksiat dan kejahatan, diri kita sendiri akan berubah menjadi apa yang kita usahakan. Sebab itulah wujudnya pencuri, perompak, perogol, pelacur, pelumba haram dan banyak lagi gejala yang tidak sihat untuk kita ikuti. Ketandusan ilmu pengetahuan akan menyebabkan kita jahil dan buta dalam melakukan sesuatu perkara. Kekontangan ilmu juga akan menjadikan kita seorang yang jahil agama. Bagaimana kita ingin mengetahui sesuatu perkara itu baik dan berpahala atau sebaliknya tanpa wujudnya ilmu di minda kita? Akal semata-mata bukan penentuan segalanya.

SEMBUHKAN HATI KITA
Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment