Monday, April 16, 2012

Nak berblogging boleh tapi jangan sampai mendatangkan "DOSA" jika :

Assalammualaikum....

Hari ni bos tak ada... .
cuti lagi..

Yeyeye
terasa pulak nak cerita serba sedikit dosa-dosa berblogging secara tak langsung.
cuba korang renung dan fikir sejenak betul atau tidak eh!!

1-Dosa aurat.
* Mempamerkan aurat kita sendiri atau secara tak langsung aurat orang lain seperti gambar2 yang ada di google,gambar artis yang sedia ada dan lain lagi.
* Bagi blogger lelaki mungkin kita tak pamerkan aurat kita tapi dari gambar2 yang tidak menutup aurat tulah kita dapat dosa free.

2-Dosa menyebarkan aib
* Seperti biasa dalam kegopohan mengejar trafik hit blog kita tak sedar yang kita juga mungkin rakus menyebarkan aib orang lain.
* Contoh2 kisah yang kita tak patut tahu sampai ke telinga kita.
* Menutup aib orang lain sangat mulia.

3-Dosa membawa berita palsu
* Kadang-kadang perkara yang kita sebarkan tak semestinya betul.
* Kalau orang lain dah percaya dengan apa yang kita sebarkan tu tak ke fitnah namanya?

4-Riak dan bangga
* Tak semua ada ini jika semua blogger mempunyai hati kotor.
* Semua blogger mempuyai sebab tersendiri utk bblogging.
* Tapi sejauh mana mereka mampu menangkis perasaan riak dan bangga bila mereka berjaya suatu hari nanti?

5- Berblogging tak ingat dunia
* kadang-kadang ni jadi faktor utama...
* terlampau kusyuk dengan blog. sampai makan,minum, semua benda dilupakan..

* bila tengok balik semua post, ade kesalahan yang mas dah lakukan.
* mas dah delete entry yang tak sepatutnya mas tulis.
* terkhilaf diatas kelalaian sendiri.
* Mudah-mudahan diampunkan kesalahan yang lalu.


p/s : terima kasih kerana membaca!!!!

bubuy
Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment