Monday, August 22, 2011

lama benor rasanya tak update blog

assalammualaikum...

Agak lama dah tak bercerita dalam blog ni..
 betul-betul tak ade masa nak luangkan pada blog kesayanganku.
Tambahan pulak, lepas balik kerja ja terus serbu gi HERO nak beli lauk untuk masak berbuka.
Itulah rutin harian bila dah bergelar seorang isteri ni..
Nikmat berbuka dan bersahur selepas bertukar gelaran "puan" ni amat lain..

Bercerita pasal malam Sabtu lepas,
berbekalkan GCB kat tangan, kami berbuka puasa dalam kereta ja..
Mana tak nya shopping raya punya pasal..
hehehe tapi alhamdulillah,kenyang la jugak.
persiapan raya pun dah hampir 70 % selesai...
Alhamdulillah, hepi sangat..
Barang-barang untuk mak,ayah,mak mertua,abah mertua semua dah hampir settle..
Yeyeyeye balik kampung.. OOO Balik Kampung..

Lepas berbuka tu pegilah Central Market (CM)..
Nak menjenguk tempat kerja suamiku..
pengalaman yang agak best bila dekat sana.
Lebih kurang dalam pukul 9 malam, ade pulak pertunjukan tarian "Citrawarna" .
(ye lah kot, lupa pulak apa yang abg gtau pasal tarian tu ).
hehehe semua sebab dah kusyuk sangat tgk orang menari...
terima kasih buat suamiku..
sayang abang sangat-sangat..
( nanti bawak jalan-jalan lagi tau)




    posing jap....
    ini permandangan dari hadapan Kasturi Walk

     ini lah artis-artis kebudayaan yang berjaya memukau mataku selama setengah jam  dekat situ

      posing lagi, ewah-ewah...

dan yang paling best, pagi Jumaat lepas rasa nak gelak pun ade, marah pun ade .
Ada lah sorang mamat ni dalam LRT.
dia pakai headphone dok dengar MP3 la kot..
yang paling tak boleh blahnya, dia boleh bantai nyanyi punya la kuat..
siap tarik suara time corus lagi..
 dalam tren semua pakat pandang dia.
dia pulak boleh tak perasan yang suara dia kuat gile..
yang kita ni pulak dah la dok tak jauh dari mamat ni..
aduh, tapi alhamdulillah la.
bila ja sampai stesyen Masjid Jamek ,dia turun..
gaya dia lebih kurang mcm ni la bila nyanyi tu



hahaha.... lawak-lawak..
femes koo ari jumaat tu..


ape-ape pun , Mas nak minta maaf di hari baik, bulan baik ni pada sesiapa yang mengenali diri ini.
" Selamat Hari Raya Aidilfitri "

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


Comments
0 Comments

0 0 manusia yang baik hati sudi komen:

Post a Comment