Tuesday, May 29, 2012

hepi birthday to me!!


Assalammmualaikum..


Syukur alhamdulillah..
hari ini bertambah lagi usiaku yang ke ... tahun.
heheheh mana leh habaq.
usia tu kan rahsia.
yang mana tahu tu, tahu la kan yang ke berapa.

malam smlm, cik abgku kena jaga event.
balik rumah pulak dah dekat pukul 10 mlm.
tak sangka la pulak dia beli kan kek yg mas suka sgt2..
"Chocolate Indulgence"


yummy!! yummy!!!

balik keja pulak, cik abg tak bagi masak.
dia kata kita makan luar.
kami makan la dekat "Ani Sup Utara"..
dapat present bear2..


thanks abg.. suka sgt2.. comei




Lepas tu  , mas dapat pavlova pulak.
member bagi..
hehhehhe


sedap pavlova ni ... kalau nak rasa kena order dekat http://diana-anuar.blogspot.com/

terharu sangat-sangat.
dengan ucapan dari insan tersayang,kawan-kawan..
komen,ucapan,mesej dekat FB pun lenguh gak tangan nak membalasnya..

" Selamat Hari Lahir Buat Diriku Sendiri"
hehehehehe 




bubuy..






p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Saturday, May 26, 2012

kursus di JB


Assalammualaikum..
baru ja balik dari Johor Bahru.
best sgt2..




pergi JB sebab menghadiri Kursus Komunikasi Berkesan anjuran CPK.
berkursus dari 22/5/2012 hingga 24/5/2012.
agak penat la bila naik kereta ke JB.
yang bawak keretanya Mariam.
kami bertiga pergi 1 kereta.
sebab senang sikit pergi bertiga ni dari sorang-sorang.


inilah dia Mariam


walaupun masa perjalanan 4 jam ja macam balik Tapeng,tapi letih sgt rasa bdn ni.
mungkin sebab jalan kat lebuhraya dia straight ja kot.
kalau PLUS pulak,ada kona2..hehehe tu sebab tak terasa jauh kot.
tapi Mariam bwk ok ja.
dia kata memang da biasa jalan jauh.
tapi dalam perjalanan , ada la kemalangan.
selamat la tak melibatkan kehilangan nyawa.
muatan terlebih kot,tu yg menyebabkan lori tu terbalik.




mas sertakan eh gambar-gambar semasa kursus tu..



yang ni semangat nak bergambar.. masa hari 1st dekat situ



yang ni dgn Magdelene dekat Danga Bay


posing-posing area situ gak la


wau, besarnya lobster.. hehehehe


sempat lagi bergambar dengan tunang dia



posing sebelum ngap otak-otak di Singgah Selalu...


tu dia, tengok2 sedap ooo...


ok, tamat sudah cerita kali ni..
hehehehe..
ade masa kita sambung lagi tau...





bubuy..






p/s : terima kasih sebab sudi membaca



Sunday, May 20, 2012

makan-makan di PROKOM


Assalammualaikum..

hari ni dapat la rehat sikit.
pagi ni bangun awal-awal pagi ,masakkan nasi lemak untuk suamiku.
dia suka sgt.

ni dah kenyang, terus lena ..
tadi kata nak tgk sangat melodi, tp nampak gayanya lena la jawapannya..
hehehhe kenyang sangat la tu..

hari khamis lepas,mas sibuk sgt..
sibuk sebab prepare goodie yang nak diberi untuk majlis hari Jumaat lepas.
kami ade majlis perpisahan dan majlis sambutan hari jadi.
penuh tempat mas dengan mug2 untuk hadiah birthday..
kami adakan sambutan untuk pegawai yang birthday nya pada bln 4,5 dan 6..
atas meja pulak dengan plaq yang nak diserahkan kepada pegawai yang berpindah..

mug untuk diserahkan nanti
sebahagian hadiah

di sini mas sertakan gambar-gambar semasa majlis tersebut:-

hadiah.. hadiah

kad birthday..


yummy2  banyaknya kek

acara memotong kek
ewah2 org PROKOM ni..

semasa majlis berlangsung

siap boh tisu lagi.. hehhee 


jeng..jeng..jeng.. walaupun lagi 2 minggu birthday Mas, da dapat hadiah awal-awal da..

tgk2.. senyum pulak bos ku ni..

ok, tamat sudah cerita untuk hari ini..
nak layan NONA pulak kat tv..
daaa...


bubuy..







p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Thursday, May 17, 2012

yes!!! dapat gak rasa burger "kaw-kaw"


Assalammualaikum...

hari ni keja macam biasa..
rindu nak berblogging tapi idea beku la pulak..
pastu pegi lah merayap sekejap dekat tmpt sarimah.
dia minta lagu2 mp3 hindustan..
hehhehe semalam sempat gak la download lagu yang dia nak.
dok ja tmpt dia, ada sekor ulat bulu ni.
comeiii ooo..
geli pun ade tp nak gak main.. 
hahahhahaha


eeeee ulat bulu warna-warni..
inilah dia sarimah
Lepas tu, balik pulak cik abg kata tak payah masak hari ni..
yeyeye makan Burger Kaw-Kaw
wah, nak gi makan burger "Kaw Kaw"
kami pergi dekat dagang avenue.
JOM.. JOM... tak sabar da ni..
sanggup tu cik abg ku tunggu selama 40 minit semata-mata nak makan burger tu.
Jeng..Jeng.. Jeng...

Inilah dia Burger Kaw-Kaw tu..
Burger bakar yang sedap..
try la..


yang ini cik abg ku punya ( double )

mas punya pulak set (siap ade hotdog)

ok, habis da cerita...
sori,pendek ja entry kali ni..
idea tak dak la..


bubuy..


bubuy

p/s : terima kasih sebab sudi membaca

Wednesday, May 16, 2012

saat orang berbicara....





Jika ada orang bicara mengenai kita dibelakang,
itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

Saat orang bicara merendahkan diri kita,
itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

Saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita,
itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

Saat orang bicara Buruk mengenai kita,
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, 
itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka..


Payung tidak dapat menghentikan hujan, 
tapi dapat membuat kita berjalan menembus hujan untuk mencapai tujuan...

Selamat Hari Guru



* khas buat guru-guru di mana saja anda berada*

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk





Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu







" Selamat Hari Ibu , Mak " !!!!
Cheq sayang sangat-sangat kat mak





bubuy
p/s : terima kasih sebab sudi membaca