Sunday, April 22, 2012

jalan-jalan hujung minggu

Assalammualaikum,
walaupun penat semalam tak habis lagi,
ku gagahkan jugak menemani suamiku keluar hari ni.
jom la... nak gi IKEA kan!!


sebabnya suamiku dah berjanji dengan kawan dia nak jalan-jalan@makan-makan dekat IKEA.
member dia suka sangat meatball kat situ.

ikutkan je laaa...
masa ni tak ramai lagi orang dekat IKEA
Jeng.. Jeng.. Jeng..

Ni lah dia kawan-kawan en.mshk...
kawan-kawan fotographer yang bertungkus lumus snap gmbr kami masa time kawin(setahun yg lpas)..

yang ni gambar setahun lepas (geng suamiku)
inilah Nazrul Naim & Oky
peace yoo ..
pakat lepak luar selepas kenyang.. org laki apa lagi(berasap la)
pastu, ade pulak la Tam(Spider) buat video klip.
rasanya untuk lagu baru dia kot.

suka ..suka...
tu dia, Tam macam org muda la pulak...
lepas tu, kami pakat balik ke rumah masing-masing.
budak-budak tu pulak gerak balik Perak.
depa datang KL pun sebab ada job kat sini.




ok dah pukul 6 lebih dah ni..
nak rehat dulu..
esok nak gi keja pulak..
ada masa kita cerita lagi ye..



bubuy

p/s : terima kasih kerana membaca!!!!



Saturday, April 21, 2012

Menemani En.MSHK ke Konsert Jazztified UiTM Shah Alam

Assalammualaikum...

Letih ja rasa badan ni.
Mana taknya, baru ja balik dari UiTM Shah Alam..
Mas teman en.mshk pergi JAZZtified Concert..
persembahan muzik jazz oleh pelajar Fakulti Muzik UiTM.
Tetamu Khas pulak DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor..

ewah.. ewah..

1st time kot jumpa Sultan Selangor.
Agak teruja jugak la..
bila dok kerusi VVIP ni, lagi dekat la dapat tengok.
tapi snap dari jauh ja la..
hehehehee..


Tapi memang konsert ni terbaik la..
persembahan yang betul-betul menghiburkan.

performance korang memang gempak!!!

Disini mas selitkan sikit eh gambar masa malam konsert..


Inilah Kad Jemputannya
Yang ni pulak pass masuk VVIP untuk ke Konsert



persembahan yang mantap sekali
yang ni pun lagi best!!!

yang ni pulak sebelum konsert bermula
sesi penutup ( penyerahan cenderahati untuk Sultan )

bubuy

p/s : terima kasih kerana membaca!!!! 


Friday, April 20, 2012

asyik melihat lukisan

Assalammualaikum..
Sekarang ni dah macam rutin pulak pergi tengok lukisan dekat kedai En.Hadi.
Kedai dia paling hujung sekali dekat Central Market.
Memang ralit tengok dia melukis.



Ini semua sebab terpengaruh dengan suamiku la ni.
Dia suka sangat tengok lukisan-lukisan yang ada dekat kedai En. Hadi ni..
Setiap petang lepas keja, suka sangat dia lepak situ.
kalau rajin boleh jenguk dekat Fb : Hadi Leader Potrait

yang paling best lukisan ni lah.
mas tengok dari awal dia melukis.
dari permulaan dia scratch.
sampai la dah berwarna.
tapi ni pun baru 1% ja siap.








aik baru 1 % je ke yang siap?

yang lain-lain ni pulak,lukisan yang dah siap dah..
banyak kot, tapi kalau nak letak semua payah pulak.
nanti penuh blog ni.
hehehehe..

inilah en.Hadi



 

macam kenai ja!!!!

oklah, sekian ja buat kali ni eh..


bubuy

p/s : terima kasih kerana membaca!!!! 

Wednesday, April 18, 2012

semput? alhamdulillah da ok sikit

Assalammualaikum..

mood nak berblog pagi-pagi ni tapi macam kekurangan idea la pulak.
ala ape nak taip ni!!!

2 hari lepas,mas tak berapa nak sihat.
Batuk jadi balik.
Tapi makin kuat. 
Sampai nak tido malam pun payah.
nak bernafas pun susah sangat...
petang lepas kerja terus ke HUKM.
penat sgt bila batuk ni..

dah gi daftar terus kena masuk bilik rawatan.
batuk kuat smpai kena pakai mask..

doktor yang rawat mas pulak baik sangat.
masa rawat mas pun lembut ja tutur kata dia.
comel sgt, baik pulak tu...

hahaha org sedut,mas pulak pi hembus..
dia minta mas sedut oksigen dulu..
mas dah la tak pernah pakai semua benda tu, boleh pulak mas pi hembus.
ops sori.. tak tau.. ingat bila gas tu banyak kena hembus!!!
doktor takut asma ja.
tapi doktor syak batuk disebabkan jangkitan kuman hari tu yang tak pulih lagi.
lagipun dia kata bila mas bernafas berbunyi.
macam susah nak bernafas.
Tapi alhamdulillah la, lepas tu ok.
 kalau batuk mas tak lega lagi , kena gi balik.
kena refer dekat klinik premier Bandar Tasik Selatan...

hahahha!!!
dalam dok tengok doktor yang comel tu, terpandang la kat meja dia.
siap ade gambar kartun lagi...
ni kot ikon muka-muka pesakit yang perlukan rawatan !! huahuahua

siap dapat la inhaler lagi!!
doktor bagi untuk kecemasan..
 takut-takut kalau batuk berulang.
sebab mas selalu batuk teruk pun bila malam ja..
ubat-ubat yang dapat kali ni pun sikit.
tu pun dah dekat nak habis..
kali ni ubat tak banyak kena makan.. hehehe 
Tapi buat masa 2 hari ni , dah rasa ok.
tak pernah pun try lagi  inhaler tu...
sebab mas tak semput pun.
batuk pun dah kurang..
Jap-jap lagi kalau tak bz, mas sambung lagi cerita eh.
Pagi-pagi ni kalau kat ofis, payah sikit nak berblog ni .
Tambah-tambah kalau bos ade dalam bilik...
 oklah  bubuy...




p/s : terima kasih kerana membaca!!!!