Wednesday, November 30, 2011

SBPA.. Betul Ke ?


SBPA 2012. 
Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! 
Betul ke ni??

gaji sbpa 2012 Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti 
yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan
Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000
sumber: http://beritasemasa.com/gaji-sbpa-2012-pekeliling-baru#comments

Notakaki:
betul ke tidak kita tunggu ja gaji baru nanti !!! 
selagi tak de hitam putih, semua ni mungkin hanya khabar angin! 





balik kampung & teman As gi derma darah

haiiiiiii ..
ha, sebelum mas terlupa, nak maklumkan bahawa adik Adam
dah mulai sihat.
berat badan pun dah naik. 
dah dekat 3kg.
Alhamdulillah,berkat doa semua orang.
terima kasih banyak-banyak sebab sudi doakan Adam.

hari Sabtu lepas kami balik Tapeng.
best sangat-sangat bila dapat balik kampung sendiri.
Mas betul-betul rindukan mak dan adik-adik.
terubat rindu ni pada keluarga tercinta.
" terima kasih abang "..

yang paling best, awal-awal pagi pukul 5.30 pagi 
dah pegi pasar teman mak...
mak nak masak laksa...Nyum-nyum..

memang terbaek laaa.

 teman mak cari ikan untuk buat kuah laksa

 sekeliling kawasan pasar Pokok Assam

Sampai ja rumah tolong mak siap2 untuk masak.
time tengahari pulak, si kecik (venusha) dok panggil "kakak".
budak kecik ni jiran sebelah rumah kami.
rupanya dia suka sangat main dengan adik mas (intan) ni.
bila suh posing , ha tgk tegak ja badan dia.

 anak jiran sebelah rumah ( venusha)
ok, habis dah cerita pasal kampung.

tadi pulak lebih kurang dalam pukul 12 kami turun dekat lobi.
niat hati nak sangat derma darah sebab hari ni Pusat Darah Negara ada datang kat ofis.
sebabnya ada kempen derma darah hari ni anjuran CKBA.
malangnya mas tak boleh nak derma.
semuanya disebabkan tekanan naik.
gugup kot sebab tengok nurse.
tak pun mungkin sebab semalam penat main badminton.
hehehe atau sebab takut tengok jarum la kot.


terus pening kepala ....

sedih tak dapat nak menderma


lastnya teman la As derma darah...
tapi untung la sebab dapat tahu darah mas jenis apa...

 tak mooo org snap gmbar dia

 aduh, seriau tengok...

 cool ja muka budak ni... hehehe

 darah ooo darah...


 selesai sudah...



ni pulak Cik Sarimah(PA Hj Daud) yang setia menemani ..
ini lah fotographer yang snap semua gambar...


daaa...
panjang dah rasanya ni...


selamat pagi..... :)

Assalammualaikum,
dah seminggu tak update blog,rindu pulak rasanya.




hehehehe bz sikit minggu lepas kat ofis.
banyak pulak keja nak kena settlekan.
Rabu minggu lepas,mas kena jadi urusetia Executive Talk dekat Vistana Hotel.
Sebelah ja dengan ofis.
Jalan kaki ja gi sana.
Ramai jugak yang datang sebabnya ia melibatkan JKR 1 Malaysia.
Siap semua urusetia kena pakai baju rasmi PROKOM lagi.
Hotel ok.
Makanan pun sedap.


inilah urusetia2 yang terlibat

 
tengok lah sempat lagi kami ramai2 berposing
ade lagi nak bagitau ni..
tapi jap lagi ye..
nak sambung buat keja jap...


bubuy....

Monday, November 21, 2011

Terbaek " HARIMAU MALAYA"


TERBAEKKKK HARIMAU MALAYA !!!!!!!!

Tak mau kata apa-apa lagi .. 
Satu ja nak sebut "Tahniah" buat Harimau Muda..
Memang best lah korang main malam ni.
Dari awal sampai akhir,ketaq pun tak hilang lagi ni..
Akhirnya kemenangan milik kita jua...

Harimau Muda

Agak-agak esok cuti tak? ... 
hehehe :)









Sunday, November 20, 2011

Adam dah mulai sedar.... Alhamdulillah

Assalammualaikum....
selamat malam, baru berkesempatan nak update blog.
hari ni sibuk sikit. Mas nak ucapkan ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang mendoakan Adam.
Alhamdulillah, keadaan Adam dah beransur pulih.
Adam dah selamat menjalani pembedahan kedua.
walaupun Adam masih di ICU, tapi keadaan Adam dah stabil.
masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan, tapi sudah mulai pulih sedikit demi sedikit.
bila kami pegang tangan Adam, dah mula ada reaksi. Adam pun dah mula buka mata da..
nafas Adam pun dah tak berombak-ombak seperti sebelumnya.
lega sikit hati ni bila Adam dah ok sikit.

petang sikit lepas melawat Adam,kami terus ke Dewan Tun Razak,PWTC. saja teman en.mshk.
Bersungguh betul nak pergi sana...Bukan nak pergi pameran kerjaya sangat pun,tapi sebab dia nak pergi ke booth ATM.


BN Job Fair


Muka letih dah ni...

en.mshk 


model kereta kebal yang agak cool


macam pernah rasa ja jem ni... (teringat pulak dekat En.Abu Bakar)


ingatkan patung tadi



bubuy..





TERKINI 20/11/2011 8.10pm


**Pembedahan saluran jantung berjaya. Adik Adam Syazwan kini telah sedar sepenuhnya, namun jantungnya masih lemah dan perlu berehat dan tiub pernafasan telah dibuka. Mas mewakili keluarga Adam mengucapkan kepada semua readers& facebookers yang mendoakan kesejahteraan Adam selama ini. Keluarga Adam menyampaikan salam terima kasih buat anda semua.


Enjoice!!

Thursday, November 17, 2011

Adam @ IJN ( Part 2 )

Assalammualaikum & selamat malam ....

Mas rasa tak terdaya nak menaip malam ni.
Sedih sangat rasa hati ini..
Adam sekarang ade di Unit Rawatan Rapi (ICU)...
Keadaan Adam kritikal disebabkan saluran darah sempit dan jantung gagal berfungsi dengan baik.
Yang paling menyedihkan, pihak doktor yang merawat Adam menyatakan Adam hanya mempunyai
30 % peluang untuk sembuh....
Buat masa sekarang selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi, adam masih belum sedarkan diri.
Namun keadaan adam stabil.
Pagi esok pada jam 7 pagi, akan ada satu lagi pembedahan untuk meluaskan saluran darah ke jantung.
Mas mohon dan merayu sangat-sangat agar kita sama-sama berdoa agar Adam selamat menjalani pembedahan dan mampu hidup seperti kanak-kanak lain di luar sana.

Kata-kata dari ibu Adam yang tak pernah lekang dari mulutnya :- 
" salam, adam kena cepat sihat tau, ibu yakin adam kuat " 
" anak ibu mampu hadapi semua ini " 
" cepat sembuh ya anak ibu!! "

Ya Allah tabah betul hati seorang ibu menghadapi dugaan ini.


Wad MICU Tingkat 1 IJN


bahan bacaan penguat hati seorang ibu


ibu yang cekal setia menemani anaknya dalam apa jua keadaan


rambut adam dah x takde.. dah kena cukur


keadaan adam yang bergantung kepada bantuan mesin pernafasan sokongan hayat
Sama-samalah kita berdoa agar Adam sihat hendaknya..

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!
bubuy

Tuesday, November 15, 2011

adam @ IJN

Assalammualaikum semua,


ah kekenyangan sudah!!!!
hehehe baru lepas mkn malam. (Alhamdulillah )
Yang specialnya malam ni, en,MSHK yang masakkan.
Masak nasi goreng ( telur taruk atas).
walaupun menu simple, tapi yang penting " dimasak oleh suami"..
hahaha bukan senang nak suruh husband ke dapur ni.
habis bersepah dapur dibuatnya..
Yang paling tak bestnya,menu simple malam ni disebabkan
"MAS TERTINGGAL PURSE KAT drower LACI OFFICE"


terbaik sangat!!

Memang terbaek sangat2.
nak patah balik pegi ofis, jam dah pukul 7 malam .
Sapa pulak yang ade lagi kat ofis time2 ni.
Alamatnya,biarkan je lah.
Esok baru ambik.Sebenarnya,lambat sikit balik hari ni sebab
ke Institut Jantung Negara (IJN).
Kami pergi melawat anak sedara yang kena tahan wad.
"Adam Syazwan". comel sangat-sangat.
Umur baru 31 hari tapi kesian disebabkan saluran darah ke jantungnya sempit, jadi jantungnya abnormal dan sukar untuk bernafas.
Amat menyedihkan.



IJN (Institut Jantung Negara)


Nama dia Adam Syazwan bin Azra Shairi


mula-mula dia tidur masa kami sampai


Cak!!!! dia dah terjaga


sian dia.. ala tomei2..

minta kawan-kawan doakan ye kesejahteraan buat adik Adam.
Dalam masa 2-3 hari lagi,adik adam akan menjalani pembedahan.
Mudah-mudahan berkat doa kita semua, adik Adam sihat seperti sediakala.
nak tidur dulu tau, penat sangat rasa badan ni...
nanti ade masa Mas bercerita lagi k...


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

daaa...

Tahniah.......

assalammualaikum....

Pagi ni macam biasa la mas thumb print pukul 7.18 pagi..
awal jugak la pagi ni.
Mungkin sebab dah terbiasa masuk pukul 7.30 kot.
(walaupun dah tukar wp2)

Awal-awal pagi mas dah dengar berita yang mengembirakan.
Pn. Jah(faezah) disahkan mengandung 5 minggu..
cutenya pasangan ni....
jah ni baru ja kawin,inai pun merah lagi dekat tangan.


kalau tak silap mas, 7/10/2011 tarikh nikahnya.. (tahniah2)
hepi sangat bila dengar kawan2 pakat mengandung.


ni lah Jah
hehehe comei kan orangnya ..

posing pun romantik ja..
nanti mesti muka baby cute mcm maknya..
mas pulak ? doakan lah ye, mana nak tau ade rezeki nanti.

masa pergi makan pagi lagi best.
boleh pulak mas turun naik lif.
teralit punya pasal,mas terlupa nak tekan button lif.
alamatnya apa lagi, naik sampai tingkat atas parking la..
keluar ja dari lif, trus jadi blur2.. (hahahaha )


btl2 tak sedar tak tekan button lif

lepas dah kenyang, terus naik ting 28 jumpa siva.
Ingat nak tanya pasal surat urgent yang mas tunggu dari hari jumaat lepas.
jumpa la member masa jalan nak pegi tempat siva.
tak tahu lah kenapa masam ja muka dia hari ni .


saya tak buat salah pun!!!

jgn la masam ja muka .....
nak tegur pun mas tak berani.
tak pelah mungkin dia ada masalah kot
(lg elok baik sangka dari pk bukan2 ).
mungkin dia tekanan dengan kerja kot.
nanti dia dah ok, tahu la dia cari mana mas kan!!



kita kawan kan!!! x moo masam2 muka, peace !!!!

ok lah , stop jap eh..
nak kena siapkan dokumen yang bos suh buat.
nak guna untuk bengkel minggu depan.
banyak lak tu nak kena buat..
daa.... nanti mas sambung cite lagi tau.


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

bubuy...




Saturday, November 12, 2011

jalan-jalan (part 2 )

ehem..ehem..

kali ni nak cite pasal mas pergi kursus.
"Kursus Pengurusan Aset dan Harta " di Prescott Hotel,Klang.
kursus dari 1-3/11/2011 ....
hotel ni agak best,dapat bilik sorang satu lagi.
boleh la kalau nak menginap dekat sini.
tak la mahal mana, bilik pun selesa.
yang paling penting, makanan dia sedap oooo... ( hehehe )





penutup pulak kami balik Batu Gajah time Raya Haji
baru-baru ni..
gambar mas dengan en.mshk tak sempat nak snap.
yang ade cuma gambar kak ipar ku dengan bb baru
dan abg bb yang kuat "menyerongen" tu...
hahahha putra zurkarnine....
cute btl budak tu.
rindu pulak dekat dia..



hai... saya lah Putra Zurkarnine..... 



























p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.....