Friday, July 22, 2011

kuatkan lah hatiku..

Ya allah , Ya Tuhan ku,,,,

buat semua sahabat atau rakan taulan yang mengenali suamiku,
mas cuma nak maklumkan yang suami mas ade dekat HUKM.
Tak dapat dikesan lagi sakit apa.
cuma tengkuk husband da pkai pnyokong.
tangan kiri pulak tak boleh nak angkat.
Nak kata terjatuh atau accient x ada pulak.
tolong ye sama2 kita doakan agar suami mas sihat hendaknya.
Nampak ja macam tak teruk, tapi hanya "abg" ja yang tahu apa dia rasa.
Dok suh diam2 tangkap gambar pun sempat lagi buat lawak.
Buat macam diri tak sakit ja..

p/s dari suami mas = dia harap sangat kawan-kawan yang mengenalinya dapat maafkan kesalahan atau silap yang telah dibuat selama ni..



























p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!



Tuesday, July 19, 2011

bahagia ku rasakan

Alhamdulillah...
akhirnya dapat jugak masuk rumah Cheras.
Hepi sangat2..
tadi baca blog lin, lagi la best. 
Alhamdulillah dia dah mengandung. 
rezeki lin.. tak pe2 doakan kak mas pulak na.. 
hopefully turn mas pulak kali ni. 
Amin...
 Rezeki masing-masing tak sama. 
Mungkin belum ade rezeki lagi.
Sekarang rezeki mas dah dok rumah sewa baru.
Alhamdulillah.. Banyak lagi benda nak kena beli ni.. 
Takpe2 mula2 memang mcm ni..





gambar-gambar ni main snap ja . 
ikutkan ade lagi gambar paling latest, tp takpe la..
nanti mas letak lagi.
letak dulu la mana yang ada. 
alhamdulillah... 
syukur padamu Ya Allah..



HEPI sangat2.... alhamdulillah





p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!




team building PROKOM..

salam....

minggu lepas, kami satu pejabat pergi ke Bukit Gambang Resort, Kuantan. 
best gile lah buat team building kat sana. 
tak tahu nak cerita macam mana. 
Tengok lah sendiri tau gambar-gambar masa kat sana.
Kesian husband ku tinggal sorg2.. 
tapi memang best laa.... 
minta2 tahun depan ade lagi" team building"



p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


bubuy.......





Wednesday, July 13, 2011

zaman sekolah dulu-dulu

  
Sebenarnya kenyang lagi ni dek makan nasi lemak time meting kakitangan pagi tadi..
so dalam kebosanan di waktu lunch ni, update la blog yang rasanya dah teruk bersawang ni.. ok ok.. straight to the point. 
   
   Zaman remaja atau lebih spesifikasinya zaman sekolah adalah zaman yang paling menggembirakan. Ada sahaja benda-benda yang berlaku yang kalau bila diingat balik akan menimbulkan rasa rindu dalam hati. Ala.. Biasalah. Masa sekolah duk sibuk berangan nak kerja. Bila dah kerja, sibuk pula mengingat benda-benda lama. Lumrah tu. Lumrah. Dan pada zaman sekolah juga, adalah perkara-perkara yang bila difikirkan macam kelakar tapi takpe. Mari kita usha :

Cinta Monyet.
Ceritera bermula bila seekor monyet jantan telah jatuh cinta dengan monyet betina kemudian melamarkan cinta kepada monyet betina itu sambil memberi monyet betina itu sekuntum bunga. Di situlah bermulanya istilah monyet mendapat bunga. Mungkin ramai dah tahu kenapa istilah cinta monyet diberikan. Tapi aku tetap nak beritahu juga. Sebabnya bila seekor monyet mengadakan hubungan intim dengan monyet betina, monyet jantan sekadar sedap sahaja, lepas tu terus tinggal. Begitu juga cinta zaman sekolah, bercinta bagai nak rak, tapi sekadar zaman sekolah. Sudahnya punah. Namun ada juga yang bermula dari cinta monyet, berakhir dengan perkahwinan. Alhamdulillah. Tapi zaman sekarang punya cinta monyet dah advance, siap ada 3gp, gambar dan sebagainya. Ish ish ish.. teruk teruk teruk.

Cinta monyet sering mewarnai zaman-zaman sekolah kerana boleh kita lihat bila mereka balik sekolah je, ada budak-budak sekolah yang kelihatan sedang berpasangan jalan beriringan. Sakit hati pula tengok. Bukan jeles tapi pelik, mak bapak hantar pergi sekolah untuk belajar, tapi mereka bercinta. Kepada adik-adik, tak payah nak bercinta monyet sangat. 
Tapi kalau nak jugak, tukar kepada cinta harimau ke, cinta singa ke, cinta serigala ke, baru ganazzz..


Kakak/Abang angkat.
Ini juga salah satu hubungan yang tercipta di kalangan pelajar sekolah. Pelik juga bila ada yang adik-beradik dah sepuluh orang sibuk jugak bak ada kakak/abang angkat. Aku pun tak pasti apa yang bestnya hubungan  seperti ini.Mungkin pada mereka ada rasa cool bila ada hubungan seperti ini ataupun rasa lebih terlindung.

Tapi. Kenapa mesti kalau pelajar perempuan, "keluarga angkat" yang mereka cipta itu mestilah seorang lelaki. Contohnya abang angkat ataupun adik angkat. Begitu juga dengan pelajar lelaki, takkannya diorang nak ada "abang angkat". Mesti yang ada ialah kakak angkat.

Di mana kelebihannya mencipta hubungan seperti ini? Bantuan kewangan? Bantuan pelajaran? lebih dihormati kawan-kawan? Keselamatan dari dibuli? ?

Sampai sekarang masih aku musykil...

Pertukaran surat dan biodata.

Ini apa yang aku lihat di sekolah aku. Sekolah pedalaman. Tak tahulah korang yang bersekolah di sekolah elit, sekolah bandar, sekolah sukan, sekolah perempuan atau sekolah memandu. Biasanya seseorang yang dah terpikat dengan seseorang pelajar itu, dia akan mencari seseorang menjadi utusan atau orang tengah atau posmen untuk menyampaikan pesanan. Pesanan itu boleh jadi dalam bentuk surat ataupun mulut ke mulut. Kemudian orang tengah tadi akan sampaikan.


Bila si penerima pesanan ini menganalisis apa yang dia terima, terus senyuman terukir. 

"Ada orang minat kat aku, aku mesti balas."


 Lalu terhegeh-hegehlah si individu ni pergi koperasi, beli kertas A4 paling cantik, beli magic pen, water colour untuk di conteng ke kertas tadi. Kandungan biadota :


   Nama :
   Tempat lahir :
   Tarikh lahir :
   Kenangan manis :
   Kenangan pahit :
   Makanan kegemaran :
   Idola :
   Warna kegemaran :
   Artis kegemaran :


 Ah! Banyak pulak nak taip. Korang tambah sendiri lah. Hahahah.. Kemudian biadota tadi dikepilkan bersama-sama surat yang menyatakan sudi meminati. 


 Bila fikir. Ini adalah kelakar. Sekadar ini dulu aku mengarang.. hehehe yang penting 1 ja..
 Zaman sekolah, memang mengukir senyum.. :)


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!

bubuy.....