Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Tak Boleh Bercinta Dengan Suami/Isteri Orang?








 Kenapa Tak Boleh Bercinta Dengan Suami/Isteri Orang?

* Tidak Berani Membuat Sebarang Komitmen *
Seorang suami/isteri yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari pasangannya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja.

* Sanggup Menipu Pasangannya*
Sikapnya yang tak jujur terhadap suami/isteri sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada pasangannya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

* Hubungan Secara Sulit *  
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada pasangannya. Mati kamu kena serang!

* Mampu Ke Mencintai Dirinya ? *
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang suami/isteri yang tidak jujur dan tidak hormat kepada pasangannya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap kamu mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan pasangannya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati suami/isteri  bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati pasangannya di saat dia menjalinkan hubungan dengan insan lain!

* Pemusnah Rumahtangga Orang Lain *
 Ingat ! Sebagai lelaki/ wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami/isteri orang , menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? 
 Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

 * Menipu Diri Sendiri*
 Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan pasangannya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai
“Action that speak louder than words”
 (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

 

* Maaf andai entri kali ini buat sapa-sapa terasa.  Niat hanya untuk memberi nasihat. *


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!




bubuy...




Tuesday, June 28, 2011

langkah baru bermula...


bahagia !!!
itu ja yang dapat diluahkan..
tiada kata lain yang
dapat ku gambarkan rasa hati ini...
Hujung minggu ni dah dapat masuk 
rumah yang kami sewa. 
dah boleh hidup macam pasangan 
suami isteri yang lain.
dan akhirnya impian ku jadi nyata.
perabot pun dah separuh kami
beli semalam. 
Alhamdulillah....
Ya Allah, permudahkanlah urusan 
kami selepas ini..
Kuatkan lah hati kami berdua 
dalam menjalani alam rumahtangga..

mood nak berblog tapi idea beku...
semua rasa bercampur jadi satu..
akan bersambung lagi..

p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!





bubuy...



Friday, June 17, 2011

Sinemarathon : Aku takkan mati, dan aku taknak mati.

Malam minggu lepas aku dan encik MSHK setelah kian lama nk ber'sinemarathon' bersama. Setelah bermesyuarat di depan kaunter panjang lebar,....

 .
NAH!!!..encik MSHK memutuskan kami tengok KL Gangster malam tu. Memang kali pertama aku tengok filem hasil buah tangan anak Yusof Haslam ni. Suami aku cakap yang dia tak meletakkan harapan yang tinggi sebab takut jadi hampa bila melangkah keluar panggung macam masa kami tengok filem Kongsi minggu sebelum tu. Aku tenggok en MSHK yang celoteh cakap pasal filem tu. Cinematography la..Continuity la..Film Narative la..Habis segala teori filem en MSHK muntahkan sementara menunggu film reel dimasukkan ke projektornya (Cineplex still pakai filmreel-projector ke). 


"jangan sampai gua kerat lu 18 kali baru lu tau erti
penyesalan"

"Ya Allah, Malek, kereta aku jadi barbeque"


                        "Sayur kita jual satu kilo 3-4 ribu bro. Ni satu kilo ringgit lu mau jual ka?"

Secara keseluruhan bagi filem ni agak menarik. Aku dan encik MSHK pun suka dengan naratif filem ni
Mesej nya agak jeles dan elemen yang ditonjolkan agak nyata. Dengan diselitkan dengan watak Padil (Zizan Raja Lawak) yang agak mengelikan hati buat seisi panggung gelak gempita. Watak Ajib (Shoffi Jikan) walaupun nampak ringgan namun dengan gestur badan serta ekspresi muka ditambah dengan bait-bait skrip yang dilontarkan amat menusuk jantung. Gila sungguh memang aku tangkap habis dengan Abang Shoffi ni (jangan marah ye en MSHK). Bagi aku filem ni tak hairan la kutipan terkini dari FINAS untuk filem ni mencecah RM6.53 juta.


Malam tu dapat lah kami bersama macam zaman-zaman bujang dulu. Betullah apa orang kata, bila dah kahwin ni memang agak best dari zaman bercinta dulu. Minggu ni memang minggu yang penuh keajaiban yang amat membahgiakan. Pertamanya, kami dah dapat rumah baharu, di area Bandar Sri Permaisuri, secara lokalitinya memang memudahkan aku untuk bergerak ke tempat kerja tanpa menyusahkan sesiapa. Segala-galanya mudah disitu. Akhirnya segala-gala apa yang ku hajati bersama en MSHK tercapai jua. Mudahan segalanya berjalan lancar. Lepas ni macam-macam nak kena buat nak masuk rumah baharu ni. Nasib baik la owner rumah nak sponsor cat satu rumah. Memang ringan lah beban kami bulan ni. Rasa tak sabar aku nk masuk rumah baharu. Baru lah rasa nikmat ada rumah sendiri. 


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


ENJOICE!!


Wednesday, June 8, 2011

aduiih, lama pulak tak update blog ni!!!





salam....


terdetik kini rasa untuk berbicara di ruangan blogku ini. Mana tak nya, rasanya dah lama sangat tak menaip. Kesibukan di pejabat,dan waktu yang terbatas amat mencemburui diriku ini (ewah2 ewah2)..
suamiku pulak sekarang dah mulakan balik aktiviti berblogging dia.. kalau rasa-rasa nak jengahla http://anekdotmarhaen.blogspot.com/.


Alhamdulillah, kehidupan sebagai seorang isteri makin terasa. Dah 2 minggu kami pindah rumah. Dalam masa yang sama,baru lah Mas rasa erti seorang isteri. Sebelum ini banyak dugaan yang kami hadapi selama 6 bulan berkahwin. dan saat-saat yang paling terindah adalah masa hari lahir Mas. Tahun ni merasa sambut dengan suami. Kini rutin harian mas pun da banyak berubah. syukur sangat dikurniakan seorang suami yang amat memahami diri ni. Nak senda gurau pun dah tak rasa macam dulu.hehehe (gelak gatai jap)..Tapi yang jadi masalahnya 1 ja. rumah yang kami dok sekarang ni tak ada public transport, LRT.  Rasanya hujung bulan ni kena gak cari umah lain. Payah benar rasa dok kat Damansara. lagipun en.MSHK keja ikut shif. Bila shif midnight tu yang payah sikit..


dalam dok baca blog member, terasa sedih gak bila terbaca nukilan hati dia . dah 2-3 hari mood dia tak ok. sabar ye, itu ja pesanan yang mampu Mas kata. Kita masing-masing baru menjalani hidup berumahtangga. Dugaan akan datang tanpa di undang. Bila berkahwin ni, ade pro dan kontra nya. Macam kehidupan kami jugak suami isteri, kadang-kadang selisih faham dengan benda yang tak logik. kadang-kadang bila suami usik sikit, dah mengalir airmata ni. tak tahu kenapa.( sebab mas cengeng kot).  saat terdetik di hati teringatkan mak,ayah,adik2 kat kampung saat tu juga makin deras air mata mengalir. Tapi jangan lupa tau, kita ada tanggungjawab. tanggung jawab sebagai seorang isteri. Besar pahalanya jadi seorang isteri ni.


alah, nak kena sambung check aset kat ofis ni lah, jap lagi sambung lagi kalau sempat..
ok,


p/s : terima kasih  kerana membaca!!!!


 bubuy...... :)